Monday, 18 April 2016

Hukum hakam membaca بسم الله الرحمن الرحيم

Hukum hakam membaca بسم الله الرحمن الرحيم itu ada 5 :
1. WAJIB : contoh ; waktu membaca Al Fatihah dlm solat.
2. SUNAT pd setiap perbuatan yg dipentingkan oleh agama . Cth ; saat menulis buku yg bermanfaat/ makan / mengenakan pakaian.
3. MUBAH @ HARUS : pada setiap perbuatan mubah yg tak terdapat kemuliaan dlm perbuatan itu. Cth; seperti memindahkan barang dari satu tempat ke tempat yg lain.
4. MAKRUH : Pd saat melakukan perbuatan yg hukumnya makruh seperti mencabut uban.
5. HARAM : Pd perbuatan MAKSIAT seperti dusta/ mencuri dll.

Monday, 7 March 2016

"Lapangkan masa utk mengaji sirah"

Nasihat dari ustaz Yus yg ringkas dan pendek tapi sgt penting utk dilaksanakan

Liqo' Fikri & Dialog Bersama Pimpinan PAS Pusat

Liqo' Fikri & Dialog Bersama Pimpinan PAS Pusat

◇Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Muhammad(AJK PAS PUSAT)

---
Objektif : Untuk cerahkan kembali keterangan jika ada salah faham yang berlaku sebelum ini,sama ada berita tersebut disebarkan melalui media sosial, fitnah dan sebagainya.

---
-Di Malaysia kita ambil pendekatan 'Muwajahah Ilmiah'.ada ruang untuk bersuara dan bercakap dalam negara ini.

-Berkenaan kempen Penurunan Najib.
Jumhur ulama' mengharamkan demokrasi secara kasar untuk turunkan pimpinan negara sebab Malaysia ada ruang pentadbiran dalam sistem demokrasi.

-Sabda Rasulullah " Taatlah kepada perkara yang patut kamu taati, (sahabat bertanya: taat sampai bila?) Jawab Rasulullah..sampai dia tidak meminta kamu menyembah patung berhala."

-Taat pada perlembagaan negara selagi mana patuh syariat islam.

-Matlamat kita mencari keredhaan Allah dalam perjuangan.

---
-Pejuang Islam ada 3 jenis.
1) Benar2 Ikhlas
2) Benar2 Syadid (terlalu keras)
3) Tassawul (Pejuang Islam berdasarkan kepada apa majoriti masyarakat suka)
Cth : masyarakat tak suka hudud, dia pun tak suka juga.

---
-Kata Ustaz Zaharuddin : "Dalam politik, ada pasang surut dan gelombangnya"

-Apabila menghayati Al-Qur'an dan hadis, perkara yang berlaku hari ini adalah sebenarnya tak asing lagi, kerana Zaman Nabi-nabi ketika dahulu juga pernah melaluinya.
Cth : Zaman Nabi Musa & Bani Israel.

---
-Dalam bekerjasama dengan non-muslim ada batasnya..kerana,
"Mereka antara mereka juga sebenarnya menolong sesama sendiri"
Seandainya mereka ada minta sesuatu yang luar batas, putuskan tahaluf siyasi.

-Orang munafik biasanya akan teruskan kerjasama dengan non muslim.

---
-Surah Al-Maidah ayat 1-3

-"PAS bukan bermatlamatkan politik sahaja, bahkan dalam dakwah juga diutamakan"

-Sirah..
Nabi Ibrahim seorang sahaja yang beriman semasa zaman Babylon.Nabi pecahkan semua patung berhala kecil kecuali satu patung berhala besar(mercu tanda tuhan mereka)

-Dalam Al-Qur'an dinyatakan 3 perkara Nabi Ibrahim tak cakap benar..antaranya "Nabi Ibrahim kata berhala besar itu yang pecahkan berhala kecik"

-Ketika zaman itu orang ramai tak berapa kenal Nabi Ibrahim.Tapi disebabkan Nabi Ibrahim seorang yang tidak menyembah berhala.Rakyat Babylon mensyaki Nabi Ibrahim.

-Ibrahnya,walaupun Nabi Ibrahim keseorangan pada zaman itu.Nabi Ibrahim tetap bangun untuk menegakkan syiar Islam.

---
-Kenapa hudud menjadi isu besar dibincangkan dalam politik?

-Sebab kalau surau2 dan masjid2 yang hanya bawa isu hudud..mungkin masyarakat tak akan cakna tentang hudud.kerana kemungkinan ustaz yg bawa tazkirah hudud di masjid/surau akan di banned.

-Hudud bila bercakap dlm politik, baru orang akan cakna & bahas.
Bahkan masyarakat non muslim juga ambil tahu bab hudud.

---
-"Sejarah byk membuktikan golongan yang sikit mengalahkan golongan yg byk, biiznillah"

-Terus sabar dan istiqamah sehingga kemenangan datang.

-Bentuk politik matang.
"Tentang UMNO sebab nak tegakkan syariat bukan sebab zalim"

Tuesday, 1 March 2016

Motivasi Pagi

♡Motivasi Pagi♡

Ummu Ibrahim berkata:

"Kalau tidak kerana musibah-musibah di dunia, pasti kita pulang ke akhirat muflis"

🐊Sabar dan redha, insyaallah akan mendapat keredhaanNya

syair

Dengan Bismillah Aku Mulai
Membuka Syair Ma’rifat Diri
Agar Mengenal Siapa Diri
Apakah Manusia , Allah Atau Nabi

Tiap Hari Aku Mencari
Dirumah Guru Dan Kiyai
Agar Dapat Mengenal Illahi
Tapi Ilmu Syariat Yang Kudapati

Mulai Aku Mengenal Diri
Satu Persatu Aku Pelajari
Mulai Kulit – Bulu – Sampai Ruh Idafi
Ternyata Sehelai Rambut pun Tak Kumiliki

Empat Anasar Dari Ibuku
Empat Anasar Dari Bapakku
Empat Anasar Dari Adam Asal Keturunanku
Itulah Awal Kejadian Jasadku

Jasad Jadi Terurai Sudah
Tidak Dapat Berulah Tingkah
Tanpa Diisi Nyawa Ataupun Ruh
Yg Tiada Lain Ialah Rasulullah

Dasar Ilmu Ma’rifat Sudahlah Pasti
Awal Agama Mengenal Illahi
Jangan Salah Memilih Lagi
Mengutamakan Solat Hasilnya Rugi

Janganlah Takut, Janganlah Gentar
Ilmu Ma’rifat Ilmu Yang Benar
Janganlah Menyerah Apalagi Pudar
Walaupun Akhirnya Kohar Keluar

Barang Siapa Dirindukan Syurga
Dengan Mudah Mendapat Redho Nya
Tetapi Bila Allah Ta’ala Murka
Rajin Solat Balasannya Siksa

Bismillah Tadi Awal Permulaan
Titik Nuq Yang Bernama Insan
Jangan Ragu Mencari Tuhan
Rahsia Allah Didalam Badan

Aku Rindu Pada Allah Tuhanku
Dimana Berada Tiadalah Tentu
Itulah Awal Pada Sangkaku
Ternyata Lebih Dekat Dari Daging Dengan Kuku

Tamatlah Sudah Riwayat Diri
Yang Mulanya Daripada Mani
Itulah Asal Kejadian Diri
Tuntutlah Pada Guru Yg Benar Ahli

Inilah Sebenarnya Wujud Muhammad
Mengandung Rahsia, Menghidupkan Jasad
Hendaklah Diketahui Satunya Tempat
Siang Dan Malam Selalu Diingat

Suatu Sifat Telah Menjadi
Didalam Rahim Ibu Sendiri
Sembilan Bulan Sembilan Hari
Ini Yang Disebut Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani Sudahlah Nyata
Lengkap Sekalian Tujuh Anggota
Arash Dan Kursy Ikutlah Serta
Sehingga Cukup Seluruh Anggota

Angin Itu Wujud Tariqat
Menjadi Nyawa Pada Malaikat
Membawa Wahyu Segera Cepat
Naik Dan Turun Tiada Terlambat

Ilmu Tariqat, Pakaian Nabi
Itu Asal Mulanya Terjadi
Dengan Qudrat Halikul Bahri
Jatuh Kedalam Rahim Ibu Sendiri

Inilah Anugerah Jalan Tariqat
Didalam Rahim Ia Bertempat
Didalam Suluk Ia Berma’rifat
Hendak Menjadikan Suatu Sifat

Roh Idafi Hendaklah Dikenal
Zikir Yg Lima Menjadi Amal
Mengucap Kalimah Itulah Asal
Solat Kita Disitulah Tinggal

Hasil Solat Adalah Nikmat
Karana Serahsia Allah Dgn Muhammad
Sekalian Nabi Tiadalah Ingat
Dibaitul Ma’mur Tempat Yg Rahmad

Sirrullah Itu Yg Utama
Solat Itu Tiang Agama
Takbir Ikut Badan Dan Nyawa
Rahmat Dan Lezat Akan Diterima

Hapus Sudah Goresan Hatiku
Mendengar Suara Didalam Kalbu
Asma-Nya Tiga, Hakikat Satu
Sampailah Sudah Yg Kita Tuju

Ilmu Syariat Membelah Kata
Yg Satunya Dibelah Dua
Alim Ulama Jangan Dipercaya
Kalau Mereka Merasa Kuasa

Amal Solat Tiada Ertinya
Bila Hati Syirik Kotor Jiwanya
Juga Niat Mencari Pahala
Jadi Munafiq, Kan Nyata Kelihatannya

Kalau Bertemu Rindukan Bulan
Tunjukan Muka Taruh Didepan
Pantang Mundur Pahlawan Tuhan
Mati Syahid Menjadi Jaminan

Hilangkan Keakuanmu
Kalau Engkau Sudah Bertemu
Allah Itu Tiada Tentu
Yang Ada Itu Hanyalah Kamu

Jangan Engkau Bertaklid Buta
Menuju Pimpinan Asal Semula
Mari Kita Menuju Dia
Tuhan Allah Tanpa Perantara

Biar Maling Kerjakan Dunia
Ilmunya Ambil Asal Sempurna
Tidak Solat Bukan Ukurannya
Siapa Benar, Itu Yg Diterima
Iru Iru Padang Sibundan
Patah Bilah Siular Lidi
Janganlah Ragu Mencari Tuhan
Rahasia Allah Didalam Diri

Tuhan Allah Telah Berperi
Setiap Insan Sudah Diberi
Asalkan Dia Sudi Mencari
Tenangkan Diri Tengoklah Hati

Jangan Susah Mencari Bilah
Bilah Ada Dibatang Buluh
Jangan Susah Mencari Allah
Rahasia Nya Ada Didalam Tubuh

Tidak Susah Mencari Bilah
Bilah Didapat Dibuat Kipas
Tidak Susah Mencari Allah
Rahasia Nya Ada Didalam Nafas

Wahai Saudara Handai Taulan
Mengenal Diri Janganlah Enggan
Malu Bertanya Sesat Dijalan
Diakhirat Nanti Pasti Dapat Seksaan

Pertama Air Dijadikan Zat Allah
Kedua Tanah Dijadikan Sifat Allah
Ketiga Api Dijadikan Sirrullah
Keempat Angin Dijadikan Wujud Allah

Habislah Sudah Goresan Hati
Membuat Syair Sindiran Wali
Perbaiki Akhlak Budi Pekerti
Pasti Ke Syurga Kita Kembali

Budaya Politik Matang

9 Kriteria Budaya Politik Matang & Sejahtera(BPMS)
1. Bertunjangkan prinsip
2. Politik Dakwah
3. Amal Ma'ruf Nahi Mungkar
4. Fokus Penyelesaian Islam
5. Pertentangan Dasar bukan Fizikal
6. Utamakan kepentingan rakyat, kurangkan politiking
7. Politik aman dan diplomasi
8. Politik Sebenar bukan Persepsi
9. Politik Rasional dan Profesional
‪#bpms‬

Saturday, 27 February 2016

Terima kasih buat penulis bait indah ini

Terima kasih buat penulis bait indah ini.

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Cnp.
Sila share.

Thursday, 25 February 2016

Tak Pandai Jaga Duit


Jom Kuliah Tn Guru Dato Dr. Haron Din

Sementara Guru Mulia kita masih hayat dikandung badan maka paksakan diri kita hadir bersimpuh di hadapan beliau. Rebutlah peluang dan barokah.


Monday, 22 February 2016

MENYIMBAH PETROL MEMBUNUH DIRI

MENYIMBAH PETROL MEMBUNUH DIRI (LANGKAH SELAMATKAN ISRAEL)

Ketika Dunia Islam dan umatnya bersemangat menerima berita Intifadah rakyat Palestin yang gagah berani menghadapi keganasan Zionis Israel yang melampau, kerana negaranya yang haram itu dilindungi negara besar berkuasa veto, dibekalkan segala jenis senjata, menggunakan pengaruhnya terhadap media yang tidak adil, monopoli ekonomi dan pengaruh politiknya. Namun sejarah tidak boleh dipadamkan, betapa golongan pelampau Yahudi itu merompak, meroboh rumah kediaman dan menghalau rakyat Palestin. Terkini lebih melampau lagi, apabila melaksanakan usaha membina Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa yang dirancang untuk diroboh, ke arah menakluk dunia dengan menegakkan semula Kerajaan Nabi Sulaiman AS yang sudah tamat risalah kenabiannya, namun dijadikan impian.

Mangsa paling malang ialah penduduk asal Palestin, mengikut konsep asal ketetapan Allah sejak zaman Nabi Ibrahim AS yang menganut Islam mengikut kenyataan Allah SWT. Al-Quran menegaskan :

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ * إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ *

"Tidaklah Ibrahim itu seorang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetapi sebenarnya dia seorang muslim (menganut Islam ) dan dia juga bukan seorang musyrikin. Sebenarnya, yang lebih utama bersama Ibrahim ialah mereka yang mengikutnya dan Nabi ini (Muhammad SAW) dan orang-orang yang beriman. Dan Allah menjadi Wali kepada orang-orang yang beriman."

(Surah Ali-Imran, ayat 67-68)

Tegasnya bumi Palestin diamanahkan kepada penganut Islam yang sebenar, dan mereka bersikap terbuka terhadap semua panganut agama-agama lain yang berkunjung memuja bumi Palestin tanpa halangan mengikut acara agama masing-masing. Polisi Islam yang terbuka dilaksanakan di Palestin, sejak dibebaskan di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA daripada penjajah Rom Ortodoks yang menyekat penganut bukan Kristian dan Kristian yang tidak semazhab dengan mereka.

Begitu juga dilakukan oleh tentera Salib yang pernah menakluknya, sehinggalah dibebaskan oleh Sultan Salahuddun Al-Ayubi, maka dibuka semula kepada penganut agama–agama yang mengunjunginya termasuk Yahudi. Bahkan kerajaan Uthmaniyyah memberi perlindungan kepada kaum Yahudi yang dibunuh dan dihalau daripada Andalus, menunjukkan Islam mengatasi kebangsaan.

Malangnya barat dan timur bukan Islam tidak menilai budi dan jasa Islam dan tamadunnya, mereka boleh mengiktiraf penaklukan tentera salib yang bermandi darah dan melangkah timbunan mayat, dan menolak Sultan Salahuddin yang adil dan pemaaf terhadap musuh dan melupai sikap terbuka Khilafah Uthmaniyyah.

Kini bumi Palestin dijajah pula oleh Zionis Yahudi selepas Perang Dunia Kedua, dengan lesen merompak dan membunuh oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kuasa veto Kuasa-Kuasa Besar yang menjadi anggota tetapnya. Terkini dilaksanakan perancangan merampas Masjid Al-Aqsa dan meyahudikan bandar sucinya. Mutakhirnya satu usul dibawa ke Kaniset (Parlimen Israel) undang-undang bagi menutup masjid-masjid bermula dengan membatalkan kegiatannya termasuk khutbah dan pengajian di-atas nama menentang keganasan.

Rasulullah SAW telah berjanji dengan sabdanya; “akan muncul satu kumpulan manusia yang bangkit menegakkan kebenaran, mereka tidak mampu ditundukkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga Allah menentukan kemenangan kepada mereka." Para sahabat RA bertanya; "siapakah kumpulan itu wahai Rasulullah?" Jawabnya; "mereka ialah penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitar Bait Al-Maqdis."

(Riwayat Imam Ahmad)

Sejarah merakamkan apabila Negara Haram Israel diisytiharkan mengikut jadual perjanjian Sykes-Picot, berikutnya ditubuhkan negara-negara arab yang dibahagikan kepada pemimpin yang menyokong kuasa besar menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah di atas semangat masing-masing. Samaada nasionalisme Arab atau Sunnah Wahabi Salafi yang menentang Sunni yang tidak semazhab termasuk Turki Uthmaniyyah, begitu juga Shah, Iran bermazhab Syiah dan Raja Yaman bermazhab Zaidiyyah.

Maka kini kalangan negara itu manyambut hari kebangsaan masing-masing kerana berjaya menghalau Turki Uthmaniyyah yang dianggap penjajah dengan sokongan Kuasa Besar Timur dan Barat yang dianggap sahabat karib, berbeza dengan hari kebangsaan kita disini kerana bersempana keluarnya penjajah British dan Belanda.

Di tengah kegembiraan mendapat takhta dan kuasa dengan perlindungan pengkalan tentera negara besar yang bertapak di negeri masing-masing sehingga hari ini, tiba-tiba Negara Israel diisytiharkan tahun 1948 secara haram dan ganas. Kumpulan Islam dan beberapa kumpulan nasionalis bangkit berperang menentang penubuhan Negara Israel dimasa itu di atas nama Islam tanpa mengira bangsa dan mazhab, melaksanakan hasil pertemuan bersejarah di antara Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh di awal abad yang lalu dan di antara Imam Hasan Al-Banna dan Imam Khumaini yang masih muda ditahun 1938.

Hasilnya tercetus kesedaran menentang penubuhan Negara Israel, walau pun hilangnya Khilafah, namun kebangkitan ini dikecewakan oleh negara arab dan Islam yang bersekongkol dengan kuasa besar. Banyak pemimpin menentang penubuhan Israel ditahan di negeri masing-masing kerana bersama perjuangan Palastin bahkan ada yang dibunuh, seperti Hasan Al-Banna daripada gerakan Ikhwan Muslimin Mesir (1949) dan Nawwab Safawi daripada gerakan Fidayyan Islam di Iran (1955) dan lain-lain, namun perjuangan Palastin gagal dipadamkan walaun pun memakan zaman beberapa dekad dan bersenjatakan batu dan tangan.

Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat dibimbangi oleh semua kuasa besar dunia yang terus bermusuh terhadap Islam yang mendaulatkan negara, bersamanya berlaku Intifadah di Palestin yang gagal dipadamkan. Revolusi Islam di Iran yang tidak dijangka, kejayaan Mujahidin Afghanistan menghalau Tentera Soviet, serta kemaraan parti berteraskan Islam di beberapa negara yang agak bebas. Kuasa Besar yang semuanya bersekongkol menubuhkan Negara haram Israel tidak senang dengan semua perubahan kepada Islam tanpa mengira mazhabnya, termasuk yang bersikap menentang Israel tanpa mengira ideologinya.

Maka Barat mengisytiharkan Order Baru Dunia dan Globalisasi merempuh sempadan selepas gagalnya blok Komunis dan Sosialis dengan berkecainya Negara Besar Soviet setelah kalah di Afghanistan, serta muncul semula cahaya Islam. Islam tetap menjadi sasaran, maka diisytiharkan isu Islamofobia, namun, Negara Islam yang telah merdeka daripada kuasa penjajah masih meneruskan agenda penjajah selepas kemerdekaan mengikut agenda Islamofobianya. Maka masalah dalaman tanahair umat Islam gagal di atasi ,namun Islam juga disalahkan.

Islam telah berjaya memerintah masyarakat majmuk dengan aman lebih daripada seribu tahun. Pemerintah yang adil dan penyelesaian perbezaan mazhab dengan ilmu dan kebijaksanaan oleh para ulamak telah berjaya menyatukan umat. Mazhab Salaf dan Khalaf sudah wujud dalam aspek aqidah, juga Mazhab Fiqh Sunni, Syiah dan Khawarij kerana politik dalaman umat juga sudah lama bertapak, di samping Tareqat Sufi berbagai nama. Kezaliman dan krisis dalaman umat diselesaikan di atas konsep kesatuan umat, dengan sabar dan ilmu tanpa campur tangan asing.

Pihak kuasa besar di zaman kini tiba-tiba berjaya melagakan umat Islam dengan mencetuskan peperangan secara wakalah (proksi) dengan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi yang zalim di negeri-negeri yang menindas dengan perlindungan mereka juga, dengan mengumpan golongan yang menentang kerajaan termasuk bantuan senjata bagi melahirkan kalangan pelampau di atas nama Islam dan jihad tanpa feqah dan siyasah syariyyah.

Sebenarnya, supaya menimbulkan kekacauan di atas nama Jihad atau Demokrasi atau hak rakyat yang adil dalam masa yang sama mempertahankan kerajaan yang sah. Ucapannya sangat baik tetapi tujuannya sangat jahat terhadap Islam dan penganutnya yang sebenar . Kini apa yang berlaku di Mesir, Syria, Yaman, Arab Saudi, Bahrain dan lain-lain, hukuman terhadap beberapa yang dituduh, termasuk tokoh-tokoh ulamak dan rakyat tanpa mengira mazhabnya, masih ramai lagi dalam penjara.

Adalah agenda musuh Islam, menggunakan slogan yang zahirnya benar dan manis, tetapi niat yang salah dan jahat, tujuannya yang sebenar ialah menyelamatkan Israel dan pengaruh kuasa besar yang bertapak di rantau itu, dengan menggalakkan isu yang kecil dibakar menjadi api fitnah yang besar. Tujuannya laksana mencurah petrol keatas api fitnah yang sengaja di-wujudkan.

Saya tetap berpegang dengan Mazhab Ahli Al-Sunni Wa Al Jamaah dengan keimanan, ilmu dan keyakinan, namun kita diajar tidak mudah mentakfirkan dan menyesatkan mana-mana ahli kiblat yang satu yang berlainan mazhab, walau pun qaulnya terlalu lemah dan ditolak oleh Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun dasar dan rukunnya masih bersamaan.

Majmak Fiqh OIC di Jeddah dan Majmak Buhus Al-Azhar Mesir telah menyenaraikan lapan Mazhab dan beberapa yang lain adalah golongan Ahli Al-Qiblah, sehingga semuanya datang ke-Makkah tanpa halangan. Majmak Buhus Islamiyyah di Mesir mengeluarkan Enseklopedia Fiqh lapan mazhab Ahli Al-Qiblah. Maka sangat malang kalau fatwanya terkini mengikut arus kuasa besar Timur dan Barat yang mempermainkan para ulamak kita, kerana dipergunakan oleh kerajaan yang bertawakkal kepada perlindungan Nato bukannya pertolongan Allah.

Saya menyaksikan dalam hidup saya di negara arab, bagaimana para Jamaah haji bermazhab Syiah daripada Iran, Lubnan, Yamen dan yang lain, di zaman Shah berkuasa di Iran, ketika berhubungan diplomatik yang kukuh dengan negara Israel, di masa itu Iran yang penuh dengan pelacuran, judi, arak dan segala maksiat yang bebas juga bagi jiran arabnya, para jamaah hajinya pula bersembahyang berasingan tanpa mengikut Imam Masjid Makkah dan Madinah, betapa ulamak di masa itu tetap menerima Zaidiyyah dan Imamiyyah, Wahabiyyah dan tidak Wahabiyyah adalah kalangan umat Islam.

Tetapi selepas Revolusi yang dipimpin oleh Imam Khumaini kerana mazhabnya Syiah, bersikap berani terus memutuskan hubungan dengan Negara Israel dan mengisytiharkannya negara haram, negaranya mengharamkan segala kelucahan, sehingga pelancung wanita barat diwajibkan berpakaian sopan, judi, arak dan pelacurannya dimusnahkan, perkara yang tidak khilaf daripada semua mazhab. Para jamaah hajinya diarahkan sembahayang bersama satu imam sahaja, tiba-tiba fatwa-fatwa mengikut arahan kenyataan Bush, Obama dan John Kerry, mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, di arah supaya sunni menyerang syiah habis-habisan dan syiah menyerang sunni, atau sesama mazhab kerana berbeza kebangsaannya, tanpa hujah ilmu yang bijak dengan meletakkan semuanya dalam satu bakul.

Isu Takfir dan menyesat dalam satu umat menjadi sumbu fitnah. Tanpa dinafikan adanya kelakuan murtad di kalangan umat, tetapi Islam menyelesaikannya secara keluarga dalam satu umat dan ilmu dengan konsep menyelamat aqidah secara bijak, termasuk yang murtad kerana kejahilan sendiri dan tipu daya musuh. Lebih malang lagi berdakwah mazhab dalam satu umat, apabila dihidupkan paksaan sunnah mazhab Wahabi di kalangan sunni yang lain atau bertempur syiah dan sunni dalam satu umat, padahal kita tidak diizinkan memaksa orang bukan Islam menganut Islam, tidak dibenarkan memusnahkan gereja dan membunuh paderi dan sami, kerana konsep tiada paksaan dalam agama, mengapa berperang kerana mazhab dan kaum?

Saatnya pula, intifadah di-Palestin menentang pelampau Yahudi sedang bermaharaja gila meroboh rumah rakyat Palastin untuk penempatan Yahudi dan melaksanakan perancangan meroboh Masjid Aqsa bagi diganti dengan Haikal Sulaman (Kuil Besar Yahudi). Negara-negara jiran yang menepuk dada semangat arabnya terus mengecewakan Palastin dan masih banyak berhubungan secara langsung atau berselindung dengan Negara Israel (diplomatik, perdagangan, pelancongan dan yang lain) Bakhil menderma kepada Palestin, pengecut menghadapi Zionis, melakukan pula dengan harta kekayaanya, perkara yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW; “kamu akan menyaksikan mereka yang berkaki ayam, bertelanjang, dahulunya papa kedana, gembala-gembala unta dan kambing, tiba-tiba berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi." Ditambah bangunan tinggi dan budaya barat.

Percayalah bahawa Israel dan sekutunya tetap berperang dengan sesiapa sahaja yang tidak mengiktirafnya tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah dan Wahabiyyah atau Asyairah/Maturidiyyah tanpa mengira ideologi kanan atau kiri. Mereka akan mengekalkan Negara Islam dan Parti Islam tanpa cita-cita pelaksanaan Islamnya dan berpolisi mengiktiraf Israel atau bermujamalah dengannya.

Perkara-perkara yang menakjubkan ialah negara serantau khususnya negara-negara Arab sedang menggali kubur sendiri mengikut pelan yang dilakar dan diatur oleh kuasa bekas penjajah, menghidup atau menyuburkan semula krisis mazhab, kaum, kabilah dan ideologi asing. Tujuannya, menubuhkan negara baru mengikut pecahan mazhab Sunni dan Syiah, Arab, Kurdis dan Turkuman, mengikut pengaruh Timur dan Barat tanpa Islamnya.

Bersedia membina gagasan ketenteraan untuk berperang sesama sendiri bukannya menghadapi ancaman Israel dan sebaliknya menguatkan kuasa besar dengan sumber tenaga kurnia Allah dengan wang sekadar jaminan negara yang dianggap berkuasa besar, menjaga harta dan takhta tanpa jatidiri bersama Islam. Bahkan sebarang perubahan kepada Islam dikira ancaman dan bahaya, maka Arab Spring tidak berbuah masak atau dicantas putiknya sebelum masak, pesertanya dibunuh, diburu, disumbat kedalam penjara.

Sepatutnya mereka bersatu di atas perkara yang sama, dalam perkara rukun agama, politik dan ekonomi yang tidak berbeza. Adapun dalam perkara yang berbeza berbincang secara ilmu di kalangan ahlinya dengan adab-adab ikhtilaf yang menyatukan umat walau pun adanya perbezaan di antara satu sama lain. Segala-galanya boleh dilakukan apabila kembali kepada Islam. Sangat tidak patut menerima jaminan Naib Presiden Amerika Syarikat John Baiden bahawa Amerika akan membatu Turki dan Arab bagi menentang Syiah.

Khalifah Umar Al-Khattab RA pernah menegaskan :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما نبتغي العز بغير ما أعزنا الله أذلنا الله

"Kita adalah Umat yang diperkasakan oleh Allah bersama Islam, sekiranya kita mencari kekuatan dengan cara yang lain daripada Islam nescaya kita dihukum oleh Allah menjadi hina."

Sepatutnya OIC berperanan membina kekuatan Islam serantau dan sedunia dan para ulamanya menyatukan umat dengan ilmu dan hujjah yang adil yang kaya bersama Islam yang sumber asasinya tetap dipelihara Allah.

Tegakkan Islam yang menyatukan bangsa dan umat semuanya selamat, tetap tidak selamat dengan menegakkan semangat kebangsaan atau mazhab dan ideologi tanpa Islamnya menghilangkan jati diri bangsa dan memusnahkannya.

Maka sepatutnya Arab, Iran dan Turki bersatu bersama Islam menjadi barisan hadapan kepada seluruh umat Islam, menghadapi Israel dan semua kuasa besar dibelakangnya. Malangnya dilagakan untuk menghancur diri sendiri, sehingga perjuangan Palestin dibiarkan bersendirian.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

13 Jamadil Awal 1437H / 22 Februari 2016 M

Friday, 12 February 2016

Tn Guru Nik Aziz Nik Mat


THIQAH; ERTI DAN PELAKSANAANNYA

THIQAH; ERTI DAN PERLAKSANAANNYA

Thiqah bererti percaya. Yang dimaksudkan di sini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan kebenaran pemimpin dalam setiap tindakan yang dilakukan tanpa sebarang keraguan selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak.

Kata Imam Hasan al-Banna:"Yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi (pengikut) terhadap qiadah (pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya, dengan keyakinan yang mendalam sehingga melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan."

Thiqah adalah kewajipan setiap anggota jemaah. Firman Allah SWT:فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِيۤ أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman, sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian merka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.[An-Nisa`:65]

Syeikh Mustafa Masyhur menerangkan:"Wajib ke atas setiap muslim untuk thiqah terhadap epmimpin dengan thiqah yang tinggi tanpa batasan. Thiqah iniilah yang melahirkan rasa tenang dalam hati lalu membuahkan rasa sayang, redha, hormat dan taat."

Sebagai pelengkap kepada rukun baiah, seorang anggota jemaah perlu menghiasi diri dengan sifat thiqah yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan. Ianya merupakan kunci keutuhan sesebuah jemaah. Tanpa thiqah, seseorang akan mudah diperdaya oleh musuh yang sememangnya mahu memecahbelahkan jemaah. Tanpa thiqah, hilanglah ketaatan dan tanpa ketaatan musnahlah jemaah.

Para sahabat telah menunjukkan thiqah mereka kepada Nabi SAW dalam peristiwa Hudaibiah. Ketika Nabi memutuskan secara tiba-tiba untuk menerima perjanjian hudaibiah sekaligus membatalkan umrah yang dirancang, pada mulanya ramai sahabat yang tidak boleh menerima. Umumnya, perjanjian ini berat sebelah dan kandungan perjanjian tidak dibincang dan diputuskan melalui mesyuarat. Sikap Nabi SAW yang kelihatan banyak mengalah dan berlemah-lembut terhadap musuh.

Ini menyebabkan Saidina Umar berjumpa Rasulullah SAW mendapatkan penjelasan. Namun setelah beberapa ketika, mereka akur walaupun tanpa memahami muslihat terselindung. Akhirnya, kepercayaan yang diberikan kepada Rasulullah menampakkan hasil apabila 2 tahun kemudian, berlakulah pembukaan Kota Mekah dalam keadaan yang sangat aman dan dramatik.

Ketika umat Islam berhadapan dengan perang kali pertama iaitu perang Badar, Rasulullah telah memanggil para sahabat untuk membincangkan ketetapan samada mahu berperang atau tidak. Saad bin Muaz telah menyatakan sesuatu yang menunjukkan thiqah yang tinggi terhadap kepimpinan Rasulullah SAW. Katanya:
فَامْضِ يَا رَسُولَ اللّهِ لِمَا أَرَدْت فَنَحْنُ مَعَك ، فَوَاَلّذِي بَعَثَك بِالْحَقّ لَوْ اسْتَعْرَضْت بِنَا هَذَا الْبَحْرَ فَخُضْته لَخُضْنَاهُ مَعَك ، مَا تَخَلّفَ مِنّا رَجُلٌ وَاحِدٌ وَمَا نَكْرَهُ أَنْ تَلْقَى بِنَا عَدُوّنَا غَدًا ، إنّا لَصُبُرٌ فِي الْحَرْبِ صُدُقٌ فِي اللّقَاءِ . لَعَلّ اللّهَ يُرِيك مِنّا مَا تَقُرّ بِهِ عَيْنُك ، فَسِرْ بِنَا عَلَى بَرَكَةِ اللّهِ
Maralah Wahai Rasulullah dengan apa yang kamu kehendaki. Kami tetap bersamamu. Demi yang telah mengutuskanmu dengan haq, seandainya laut dihadapan kita dan kau mengharunginya, nescaya kami akan turut mengharunginya. Tiada seorangpun kalangan kami yang akan berundur. Kami tidak kisah untuk bertemu musuh nanti. Sesungguhnya sabar dalam peperangan adalah kebenaran dalam pertembungan. Mudah-mudahan Allah menenangkan kamu dengan adanya kami. Maka maralah bersama kami dalam keberkatan Allah.

Dalam gerakan Islam, pemimpin biasanya dilantik atau melalui syura di kalangan ahli melalui proses yang telah dipersetujui (seperti muktamar). Mereka yang memilih adalah dari kalangan individu yang layak dan dipercayai. Justeru, prinsip amal jamaie telah menegaskan bahawa pemimpin yang telah dilantik, biarpun ia hanya seorang hamba adalah wajib ditaati, dipercayai (diberi thiqah), dan wala’ kepadanya.

Sebagai manusia biasa, semua mempunyai kelemahan. Kesempurnaan hanyalah milik Allah SWT. Justeru itu, pemimpin juga ada kelemahan dan kekurangan sendiri. Tetapi kita yang memilih mereka berdasarkan keseluruhan kelebihan yang ada pada mereka. Kekurangan mereka hendaklah ditampung denfgan bantuan orang-orang bawahan supaya jemaah itu menjadi kuat.

SIKAP SEORANG YANG THIQAH

1. Mentaati walau apa yang diperintah.
2. Percaya kemampuan pemimpin.
3. Akur walaupun pandangannya tidak diterima.
4. Jangan cepat melatah sekiranya timbul ketidakpuashatian.
5. Rujuk kepada pimpinan secara terus untuk mendapatkan penjelasan.
6. Menolong untuk menjayakan perancangan pemimpin.
7. Menghormati pemimpin.
8. Melindungi pemimpin dari tohmahan dan serangan luar dan dalam.

PERKARA YANG MENIMBULKAN THIQAH
1. Menganggap diri lebih lemah dari pemimpin.
2. Mengenali pemimpin dengan lebih dekat.
3. Membuang sifat sombong.Sentiasa berbincang dengan pemimpin.
4. Sentiasa menghadiri program yang dianjurkan kepimpinan jemaah.
5. Membaca kisah-kisah thiqah pengikut nabi saw.

HAKIKAT PERJUANGAN

Dalam mendidik hati untuk thiqah kepada pemimpin, ada beberapa perkara yang seharusnya difahami oleh ahli. Antaranya:

1. PERKARA YANG MEMERLUKAN KEPUTUSAN SEGERA.
Bukan semua perkara mempunyai runag untuk dibincangkan bersama, kerana mengumpulkan seluruh ahli mesyuarat memerlukan masa yang agaka lama, sedangkan Islam adalah sebuah gerakan yang sentiasa hidup dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat. Pemimpin ibarat akal kepada gerakan Islam yang sentiasa berfikir tanpa henti. Oleh itu ada keputusan yang terpaksa dibuat segera tanpa mendapat kelulusan mesyuarat.

Dalam peristiwa Sulhu Huadibiah, Rasulullah SAW membuat keputusan sendiri untuk menerima perjanjian, sedangkan sebelum itu mereka telah setuju untuk masuk ke Mekah dalam Baiatu Raidhwan.

2. PERKARA YANG BERSIFAT RAHSIA YANG TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN
Kerana bimbang orang-orang munafik yang berada dalam saf perjuangan Islam, bukan semua perkara boleh dibincangkan secara terbuka. Ada perkara yang hanya dibincangkan dua tiga orang kepimpinan tertinggi seperti dewan harian dan sebagainya, melihat kepada status sesuatu strategi. Oleh itu, ahli perlu meletakkan kepercayaan bahawa semua keputusan dibuat untuk kepentingan Islam dan jemaah.

Rasulullah SAW mengumpulkan tentera secara mengejut untuk Pembukaan Kota Mekah. Masing-masing tidak diberitahu kemanakah Rasulullah ingin tuju melainkan sahabat-sahabat kanan, sehinggalah sampai ke kem berdekatan Mekah. Ini bertujuan untuk mengelakkan rancangan memasuki Mekah bocor ke pengetahuan pihak mussyrikin Quraisy.

3.PERKARA YANG PERLU DIKORBANKAN DEMI MEMPEROLEHI MANFAAT YANG LEBIH BESAR
Kaedah fiqh menggariskan, harus mengorbankan manfaat kecil demi manfaat yang lebih besar:تقدم مصلحة المستقبلة القوية على المصلحة الآنية الضعيفة
Diutamakan maslahah masadepan yang kuat daripada maslahah semasa yang lemah.

Kaedah fiqh juga ada menyebut:يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى
dibenarkan melakukan keburukan yang kecil demi mengelakkan keburukan yang besar.

4. ALLAH BERSAMA PEMIMPIN ISLAM

Kepimpinan dilantik melalui proses pemilihan syura seperti mesyuarat tertinggi ataupun muktamar penuh. Pemimpin tersebut adalah mereka yang mendapat sokongan ahli teramai. Ini bermakna, kepimpinannya mewakili suara jemaah Islam. Oleh kerana itu, keputusan yang mereka putuskan adalah keputusan jemaah.Sabda Rasulullah SAW:
لا تجتمعوا أمتي على الضلالة
Umatku tidak akan berhimpun dalam kesesatan. [HR Abu Daud]

5. PERJUANGAN DALAM BIDANG DEMOKRASI MEMERLUKAN KEPANDAIAN BERSILAT DI MEDIA

Gerakan Islam moden kebanyakan menerima demokrasi sebagai mwasilah silmiyyah untuk menegakkan Islam. Dalam selok belok politik, pemimpin haruslah bijak mengeluarkan kenyataan apabila ditanya oleh wartawan media supaya tidak menjejaskan sokongan politik dan membahayakan jemaah. Oleh sebab itu, mungkin ada beberapa kenyataan yang begitu berlapoik sehingga menimbulkan keraguan kepada ahli tentang sikap pemimpin.

Perkara ini haruslah diinsafi oleh pengikut bawahan supaya mereka tidak syak wasangka dan terus meletakkan kepercayaan bahawa jawapan kepada media mungkin tidak menggambarkan secara jelas pendirian sebenar pemimpin tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, segeralah merujuk kepada pemimpin dan bertanyakan secara tertutup dengan mereka.

HAK SEORANG PEMIMPIN

1. Memutuskan Perkara Yang Dirasakan Paling Tepat mengikut ilmunya.
2. Memutuskan sesuatu tanpa mesyuarat dalam perkara yang memerlukan keputusan segera.
3. Menerima sokongan setiap pengikut.
4. Menerima ketaatan dari pengikut dalam perkara maaruf
5. Menerima nasihat daripada pengikut.

Kata Imam Hasan al-Banna:"Pemimpin mempunyai hak seorang bapa dari sudut ikatan hati, hak seorang ustaz dari sudut memberi ilmu, hak seorang syeikh dari sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin dari sudut siasah dan polisi umum dakwah."

KESAN TIADA THIQAH

1. Strategi akan tergendala.
Apabila tiba-tiba berlaku ketidakpercayaan di kalangan pengikut, akan ada mereka yang tidak melakukan arahan sebagaimana yang dirancang. Perakara ini telah berlaku ketika ketua munafiq, Abdullah bin Ubai menyebarkan propaganda sehingga umat satu pertiga umat Islam yang sedang menuju ke Uhud hilang kepercayaan kepada kepimpinan Rasulullah, lalu berpatah pulang ke Madinah. Ini menyebabkan susunan tentera kucar kacir dan Rasulullah terpaksa mengubah strategi untuk menghadapi musyrikin dalam jumlah yang lebih sedikit.

2. Objektif tidak akan tercapai
Tanpa kerjasama pengikut, matlamat tidak akan dicapai kerana jemaah Islam memerlukan kekuatan yang kolektif. Jemaah tidak bergantung kepada seorang ketua atau individu sahaja. Kegagalan sebahagian anggota menjalankan tugas yang diamanahkan mampu menggagalkan seluruh perancangan.

3. Gerakerja akan berlaku secara sendirian.Akibat tidak percaya, masing-masing akan bertindak mengikut kepala sendiri. Tidak akan wujud lagi tolong menolong dan masing-masing akan membawa haluan sendiri. Ada yang kanan, ada kekiri malah ada yang pusing kebelakang. Akibatnya, bukan sahaja jemaah tidak maju malah terhalang dengan karenah ahli yang berbagai ragam.

4. Timbul permusuhan dalaman
Persaudaraan akan terjejas, syak wasangka sesama sendiri akan berleluasa dan serang-menyerang, tuduh menuduh akan berlaku kerana cuba jatuh-menjatuhkan sesama sendiri.

5. Mampu meruntuhkan jemaah
Paling parah, ketidakpercayaan akan membawa kepada permusuhan dalaman yang memudahkan musuh untuk menyelinap masuk untuk meruntuhkan lagi jemaah.

Sumber:
Pandangan semula terhadap risalah taalim - Muhammad Abdullah al-Khatib
Mufakkirah Dakwiyah - Ahmad Abdul Muhsin Assaf
Qudwah Ala Toriq Dawkah – Syeikh Mustafa Masyhuri

(Alang Ibn Shukrimun)

Thursday, 11 February 2016

Bolehkah menipu dalam berpolitik?

Bolehkah menipu dalam berpolitik?

ALANG IBN SHUKRIMUN | 11 Februari 2016.

MUNGKIN ada yang berpendapat, menipu dalam berpolitik adalah dibenarkan syarak. Ia dikira tipudaya perang dengan mengqiyaskan kepada sebuah hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:

الحرب خدعة

"Peperangan adalah tipu daya."

Mereka menganggap jihad dalam politik sama seperti jihad dalam peperangan. Ataupun menganggap lebih dari itu; apa-apa sahaja tindakan yang dikira jihad maka dibenarkan untuk menipu. Seolah-olah maksud dari lafaz Nabi itu adalah:

الجهاد خدعة

"Jihad adalah tipu daya"

Maka pihak tersebut membenarkan penggunaan pengundi hantu untuk memenangi sebarang pemilihan, mengharuskan janji palsu kepada rakyat, melempar fitnah, menyatakan pembohongan demi untuk meraih sokongan dan berbagai lagi kelakuan.

Segala tindakan di atas dikira sebagai sebuah kebijaksanaan politik, dengan tidak melanggar syariat kerana berpegang kepada hadis yang mereka fahami di atas.

Lebih malang, kefahaman ini diajar dalam usrah-usrah dan program tarbiah sebilangan parti atau NGO yang mendakwa sebagai jemaah Islam. Maka ramailah abnaul harakah yang cetek ilmu agamanya terus menerima doktrin sebegini bulat-bulat dan mengamalkannya dalam politik kampus, hingga terbawa-bawa apabila terjun di kancah politik sebenar tanah air

Sebenarnya ini adalah salah faham terhadap nas yang amat jelas. Jika bukan salah faham, ini adalah tindakan mempergunakan nas demi matlamat politik. Beberapa perkara harus diperhatikan dalam isu ini:

1. Sebelum memahami nas secara literal, ia perlulah terlebih dahulu merujuk kepada asbab wurudnya iaitu punca hadis ini dinyatakan oleh Nabi SAW. Mengikut para muhadditsin, hadis ini disebut oleh Nabi SAW ketika mengutuskan Nuaim bin Mas'ud yang baru memeluk Islam dalam peperangan Khandaq bagi menipu kabilah quraisy dan kabilah arab lain supaya mereka berkelahi.

Hadis serupa juga dinyatakan dalam satu peristiwa Rasulullah mengutuskan Muhammad bin Maslamah untuk membunuh seorang Yahudi yang banyak melakukan keburukan terhadap orang Islam.

Berdasarkan peristiwa di atas, Rasulullah SAW hanya menggunakan hadis tersebut dalam peristiwa perang sahaja, tanpa peristiwa yang lain.

2. Merujuk kepada nas tersebut secara literal pula, Nabi SAW tidak menyebutkan perkataan jihad itu tipu daya, tetapi menggunakan perkataan harb/perang. Justeru erti harb amatlah berlainan dengan jihad.

Harb bermaksud peperangan fizikal di medan perang. Ia hanyalah salah satu mekanisme jihad yang popular pada zaman Nabi dan beberapa kurun selepasnya, sedangkan jihad pula adalah makna lebih luas daripada itu.

Maka lafaz harb yang disebut oleh Nabi adalah khusus untuk peperangan bersenjata sahaja, tidak boleh diluaskan maknanya kepada semua bentuk jihad. Jika ia bermaksud jihad, nescaya Nabi pasti akan menyebutkan perkataan jihad di situ sebagaimana banyak hadis-hadis yang lain di mana Rasulullah SAW secara jelas menyebut perkataan jihad.

3. Di dalam ayat al-Quran dan Hadis yang lain, jelas larangan kepada umat Islam daripada berbohong. Maka apabila datang suatu nas mengharuskannya seperti hadis tentang perang di atas, maka ia dikira satu pengecualian daripada hukum umum yang asal.

Mengikut kaedah usul fiqh, suatu nas yang mengecualikan hukum asal, tidak boleh diqiyas ke atasnya. Kaedah tersebut disebut sebagai:

ما ثبت على خلاف القياس لا يقاس عليه

"Perkara yang sabit bertentangan dengan qiyas, maka ia tidak diqiyaskan"

Contoh yang lain seperti air kencing. Ia diketahui sebagai sesuatu yang haram. Tetapi terdapat hadis menghalalkan air kencing unta. Maka benda lain tidak boleh diqiyaskan ke atas air kencing unta.

4. Nas hadis tersebut ditafsirkan sendiri melalui perbuatan baginda SAW. Sepanjang sirah, baginda tidak pernah sekalipun menipu dalam politik dan muwajahah silmiyyahnya. Bahkan dalam muwajahah bil quwwah, Nabi SAW tidak pernah direkodkan menipu, tetapi sekadar membenarkan para sahabatnya melakukan tipu daya atas tujuan itu.

Sebagai contoh, ketika Nabi SAW berunding dengan raja-raja sekitar semenanjung arab melalui surat. Baginda SAW menyatakan segala kebenaran tentang Islam tanpa menipu sesuatupun walaupun terpaksa menerima berbagai reaksi negatif.

Begitu juga ketika baginda bertemu satu persatu kabilah arab pada musim haji bagi memohon kerjasama untuk membela Islam, tiada satupun janji palsu yang diberikan oleh Nabi semata-mata untuk meraih sokongan.

Bahkan ketika Rasulullah SAW ditawarkan jawatan menjadi pemimpin arab supaya dia meninggalkan dakwah Islam, baginda langsung tidak menerimanya walaupun beliau mungkin berpeluang menggunakan tipu daya bersetuju dahulu dengan tawaran tersebut, kemudiannya menggunakan kuasa yang diberikan untuk melaksanakan Islam sesudahnya.

Tetapi dalam peperangan, Rasulullah mengutuskan Nuaim bin Masud, untuk menipu tentera Ahzab sehingga mereka berpecah belah. Rasulullah SAW juga mengutus Muhammad bin Maslamah bagi memperdaya saudara susuannya Kaab bin Asyraf untuk membunuhnya dalam Perang Uhud. Maka pengkhususan tipudaya hanyalah berlaku dalam perang sahaja.

5. Politik merupakan wasilah untuk menyampaikan mesej Islam dan memperoleh kuasa pemerintahan. Justeru imej yang perlu dibawa oleh politikus Islam perlulah mencerminkan sifat Islam yang sebenar. Jika kita silap mengamalkan Islam dalam politik, akibatnya akan menimbulkan fitnah terhadap Islam.

Sekiranya kita mengamalkan pembohongan dan tipu helah dalam politik, orang akan memandang kita orang Islam dengan pandangan yang jelek. Fitrah semulajadi manusia tidak kira apa bangsa dan anutan, amat membenci akan pembohongan dan pengkhianatan. Justeru dalam politik, haruslah jujur sentiasa walaupun terkadang kejujuran itu boleh membuatkan kita hilang sokongan.

Kesimpulannya, politik bukanlah peperangan menurut hadis tersebut, justeru menipu atau apa jua tindakan lain yang dibenarkan atas sebab peperangan tidaklah dibenarkan dalam medan politik.

Justeru sebagai sebuah gerakan yang mendakwa sebagai jemaah Islam, mereka harus menjadikan seluruh sirah perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan asas, bukan hanya mencedok mana-mana bahagian yang disukai sahaja dan meninggalkan bahagian yang tidak disukai.

Mudah-mudahan kita semua terselamat daripada mengikut jalan yang terpesong. – HARAKAHDAILY 11/2/2016

Daurah Kitab Ar-Risalah Al Jami’ah

Ustaz Ayman al-Akiti adalah seorang penuntut yang membesar di Kuala Lumpur. Beliau memulakan pendidikan sekolah rendahnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (SKBD). Ketika masih berumur 13 tahun, beliau telah mengembara ke Jawa Timur untuk menuntut ilmu agama di pesantren-pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kediri, beliau diangkat menjadi ustaz di pondok yang sama dan berkhidmat selama 6 tahun. Ketika ini beliau juga akitif bergiat dalam forum Bahtsu al-Masail iaitu sebuah forum muzakarah fatwa dan menjawab persoalan umat di bawah NGO Islam terbesar dunia iaitu Nahdlatul Ulama. Pada waktu ini, beliau juga menyempatkan diri untuk menyambung peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah STAIN Kediri yang tidak jauh dari pondok tersebut. Lulus dengan nilai cum laude. Pada tahun 2010, ustaz Ayman telah merantau ke Maghribi untuk menyambung peringkat master di University Hassan II, Casablanca dalam bidang Akidah dan Agama di Barat Islam. Beliau lulus dengan nilai kepujian pada tahun 2013 setelah Berjaya mempertahankan thesis masternya dengan judul Usul al-Adillah al-Aqadiyyah inda Uthman al-Salaliji (w. 574H) fi Kitabihi: al-Aqidah al-Burhaniyyah. Pada tahun 2014 beliau telah lulus saringan untuk menyambung peringkat Doktor Falsafah di universiti tertua dunia iaitu University al-Qarawiyyin, dalam bidang akidah dan pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin. Selain menyiapkan disertasinya, beliau aktif membentangkan kertas kerja dalam seminar-seminar internasional di Maghribi dan Eropah. Beliau juga aktif mengajar mahasiswa-mahasiswi Nusantara di Maghribi secara talaqqiKitab Ar-Risalah Al Jami’ah adalah kitab fiqh yang ditulis oleh Hujjatul Islam wabarakatul anam Al Imam Muhammad bin Zein Al Habsyi R.a, yang oleh gurunya yaitu Hujjatul Islam Al Imam Abdullah bin Alwi Al Haddad sahib Ar-Ratib R.a, beliau berkata bahwa salah satu muridnya yang sampai derajat ilmu syariatnya kepada Al Imam As-Syafi'i adalah Al Imam Ahmad bin Zein Al Habsyi.


Kitab fiqh ringkas ini dijelaskan oleh Al Habib Munzir Al Musawa dengan pensyarahan yang tidak rumit sehingga dengan mudah dapat kita pahami.


Sedikit dari sejarah kehidupan Al Habib Ahmad bin Zein al Habsy, bahwa beliau dilahirkan di kota Ghurfa pada awal tahun 1069 H, di sanalah beliau tumbuh hingga dewasa. Pada awal-awal mencari ilmu, Al Habib Zein banyak berjalan kaki bepindah-pindah dari satu kota ke kota yang lainnya, Shibam, Tares, Seiwun, dan Tarem untuk mencari ilmu. Beliau menimba ilmu dari gurunya Sayyed Ahmad bin Abdullah Balfageh, belajar ilmu syari'ah, tasawwuf, sejarah, sastra, adab dan lainnya. Salah satu gurunya yang masyhur adalah Al Habib Abdullah bin Alwi Al Haddad, yang selama 40 tahun membaca kepada beliau lebih dari 70 kitab dari berbagai macam ilmu, hingga saat kewafatan menghampiri guru beliau, yang ketika itu sedang membaca kitab al Muwattha.


Gurunya yaitu Imam Haddad menyifati beliau dengan sifat; orang 'alim yang zuhud dan banyak dikunjungi dari berbagai penjuru dunia. Al Habib Zein banyak menulis buku-buku, nasehat (ceramah) dan tulisan-tulisan yang kesemuanya sangat membawa manfaat dan faedah, beliau juga telah membangun sejumlah mesjid di wilayah Hadramaut. Beliau wafat pada Asar hari Jum'at 19 Sya'ban 1145 H di Hadramaut..
  






Wednesday, 10 February 2016

Betul ke baca Yasin Malam Jumaat beramai-ramai Bidaah?

Betul ke Baca Yasin Malam Jumaat beramai2 Bidaah?

Mumkin bidaah hasanah.

 Sedikit bacaan pagi yang berkat ini buat hamba dan muslimin sekelian  semoga Allah campakkan dalam hati kita sifat kasih sayang-Nya.

بسم الله الرحمن الرحيم
 38 - (2699) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، وَأَبُو  بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيُّ -  وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا وقَالَ الْآخَرَانِ:  حَدَّثَنَا - أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ،  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ: «مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا،  نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ  يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي  عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ  اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي  بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ  بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ  الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ  عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ»،
 Tidak berhimpun oleh satu kaum dalam satu rumah drpd mana2 rumah Allah  pada hal membaca mereka itu akan kitab Allah(al-quran termasuk surah  Yasin) dan memperderas mereka itu akan dia di antara mereka itu  melainkan turun atas mereka itu ketenangan dan menyelubungi akan mereka  itu Rahmat dan berkeliling akan mereka itu oleh Malaikat dan menyebut  Allah akan mereka itu pada mereka yang ada di sisi-Nya… baca hadits  hingga akhirnya.

Hadits sahih riwayat Imam:
 Muslim no 2699 dan 2700
 Abi Daud no 1455.
 Dan banyak lagi  melebihi 50 takhrijan.

Imam Izzuddin Bin Abdil Salam dalam kitabnya Al-Imam fi Bayani Adillat al-Ahkam.
Membahagikan beberapa perkara berkaitan sebab2 kemasukan amalan
 Antaranya : Allah menjadikan sebab bagi berlakunya amalan.
Berdalilkan firman Allah:
 فاذكروني أذكركم
 Sebut sekelian kamu akan Daku nescaya Aku sebut akan kamu.
Firman Allah taala:
 وَلذكر الله أكبر
 Dan Sesunggunya ingat Allah itu suatu yang amat besar.
Dan di tafsirkan dengan hadits Nabi saw:
مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَأٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَأٍ أَفْضَلَ
 Barang siapa sebut akan Daku(Allah) dalam dirinya nescaya Aku sebut akan dia  dalam diri-Ku.
Barang siapa menyebut akan Daku bersama kumpulan ramai maka Aku sebut akan dia di dalam kumpulan yang lebih baik daripadanya.
 Hadits Riwayat :
 Imam  Bukhari no 7405
 Imam Muslim 2675.
 Dan banyak lagi.
 *Di sinilah kita mengambil dalil bahawa membaca Yasin beramai malam  jumaat dan umpamanya iaitu perkara yang dibenarkan dan kita jadikan  hadits2 daif bagi mentafsirkan maksud ayat ql-quran dan hadits Nabi saw  yang datang dengan secara umum.

Matlamat asal membaca Yasin Malam  Jumaat kita maklum bahawa tugas Al-Amru Bil Makruf dan Nah yu Anil  Mungkar satu yang wajib tetapi caranya perlu tegas tapi lembut dengan  sebab masyarakat awam amat susah untuk di ……..
Kalau kita ambil  ayat ke 6-7 dalam suruh Yasin yang mana isinya cukup baik untuk menegur  masyarakat dalam kerja dakwah Cuma pendekatan sekarang perlu di  perbaharui sedikit kerana ramai yang membaca tetapi tidak tahu maknanya:
Firman Allah Taala:
  لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ (6) لَقَدْ  حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (7)
  Supaya engkau memberikan ancaman akan kaum yang tidak memberikan ancaman  oleh bapa2 mereka maka mereka sekelian orang yang lupa.ayat (6)
(Bila lupa apa kesannya)
Sesungguhnya sebenarlah perkataan atas kebanyakkan mereka itu maka sekelian mereka itu tidak beriman. ayat 7.

 Sepakat Jemaah mufassirin menafsirkan makna kalimah “sebenarlah  perkataan atas kebanyakkan mereka” iaitu azab/bala yang telah diturunkan  oleh Allah terhadap umat2 yang terdahulu.

Kesimpulannya:
Membaca Yasin Malam jumaat beramai:
 1) Membiasakan orang awam dengan membaca Al-quran beramai2 dimana  kebiasaannya malam tersebut kesempatan yang ada kerana malam2 lainnya di  adakan kuliah fardhu Ain.
2) Cara mudah menegur orang awam yang cuai dalam urusan tegur menegur anak2 mereka dalam berbuat kemungkaran.
 3) Malam jumaat malam yang patut di-isi sebanyak mumkin ibadah2 umum  spt tahlil dan tasbih dan selawat dan takbir dan umpamanya.
Pandangan orang kampung je.
Wallahuaalam.

Ustaz Mashadi Masyuti

Tuesday, 9 February 2016

Biodata KH. Luthfi Bashori

Nama: KH. Luthfi Bashori.

Lahir pada tanggal 5 Juli 1965 di Malang Jawa Timur.

Pendidikan:

- Madrasah Ibtidaiyyah Al Ma`arif, lulus tahun 1979.

- Sekolah Menengah Pertama, lulus tahun 1982.

- Pesantren Darut Tauhid, tahun 1983.

- Ma'had Sayyid Muhammad Alwi Almaliki, cabang Madinah, tahun 1983-1986

- Ma'had Sayyid Muhammad Alwi Almaliki, Makkah, tahun 1987-1991.

Karya Tulis::

- Al Quran Versi Syiah Tidak Sama dengan Al Quran Kaum Muslimin.
- Musuh Besar Umat Islam
- Di Balik Upaya Pembubaran Departemen Agama.
- Sekularisme.
- Presiden Wanita dalam Wacana Hukum Islam
- Dialog Seputar Amaliyah Ahlus Sunnah wal Jama'ah.
- Pengelola Situs Islam di internet, bertajuk:
a. Pejuang Islam
b. Ahlus Sunnah wal Jama'ah Garis Lurus.

Organisasi:

- Majelis Ulama Indonesia
- Pengasuh Pesantren Ribath Almurtadla
- Pengasuh Pesantren Ilmu Alquran.

(Ust. Pahrol Muhamad Juoi - Si kaya yang dimiskinkan oleh hartanya).

Assalamalaikum w.b.t..

Percaya atau tidak, acap kali apabila harta bertambah,
kita  seolah-olah rasa bertambah ‘miskin’. Apabila mendapat lebihan wang seperti bonus atau naik gaji misalnya, tiba-tiba semakin banyak yang kita inginkan. Kita merancang untuk membeli kereta baru, menukar perabot baru dan lain-lain yang baru. Keinginan kita menjadi semakin besar dan  bertambah.

Akhirnya duit yang bertambah menjadi susut akibat keinginan yang meningkat. Sungguhnya, orang yang miskin, bukan kerana kekurangan harta tetapi mereka yang banyak keinginan! Itulah akibatnya apabila BUKAN IMAN yang mengendalikan hidup kita.

Diri kita akan hilang kendali seumpama kereta hilang brek dan tiada kawalan. Kita masih mencari dan terus mencari kemewahan dunia sedangkan usia sebenar semakin singkat dan pertemuan kita dengan Allah semakin dekat. Hati kita tidak pernah kita gilap sebab kita masih ghairah memburu harta yang tidak ada kesudahan dan penghujungnya. Tidak salah memburu harta… burulah. Namun ingat, itu cuma alat, bukan matlamat.

MATLAMAT KITA YANG UTAMA ialah AKHIRAT SANA...YANG KEKAL SELAMANYA.

Justeru gunakan Dunia ini sebagai Alat kepada Akhirat sana.

(Ust. Pahrol Muhamad Juoi - Si kaya yang dimiskinkan  oleh hartanya).

KESESATAN PEMIKIRAN WAHHABI BERDASARKAN KITAB-KITAB TOKOH MEREKA

KESESATAN PEMIKIRAN WAHHABI BERDASARKAN KITAB-KITAB TOKOH MEREKA

1) Al Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab dan selain keduanya.
(4/262ج ) المحتار رد حاشية و 276 ص) الوابله السحب

3) Ulama sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama
فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب
kedua
الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية
begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al Fatawa.

4) Golongan wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk
(كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut
موافقة صريح المعقول (ج1/75)
 ومنهاج السنة (ج1/24) ونقد مراتب الإجماع
168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387

6) Golongan wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.

7) Golongan wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab
281 و 266 ص التوحيد مجموعة.

8) Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab
217 ص المجيد فتح

9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorang pun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka
التعليق و 260 ص الأرواح حادي على رفع الستار ص 32

10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa
رضي الله عنها 
adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 mukasurat 160.

11) Wahhabi mencela Sahabat Nabi yang Mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar Rayyan lilturath juzuk 2 mukasurat 575.

12) Wahhabi mengatakan : Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah
لا اله إلا الله محمد رسول الله
Rujuk kitab yang bernama
كيف نفهم التوحيد ص16 .
13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatit dalam kitab yang bernama
 الأربعة المذاهب من معين مذهب باتباع ملزم المسلم هل
danmengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorangulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirikdenganNya” Wahhabi berkata “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik sepertiterdapat di dalam kitab
  الألباني فتاوى351 ص

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat : 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun wahhabi mengatakan sesiapa yang mengtakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab
 فتاوىالألباني ص 523

16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya“sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 march 9 April 1996 page 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
 مهمة فتاوى45 ص
dan hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab
  الإنسان صيانة 233 ص
tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab
  والدي هذا 123 ص

19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab
  مهمة فتاوى 32 ص

20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab
 فتاوىالألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripadasunnah". Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab
  الساجد تحذير 68 ص

23) Sabda Nabi SAW :
 شفاعت له جبت و قبري زار من
“Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi wahhabi mengharamkan ziarah kepada kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka
 الكبرى الفتاوى 142 ص

24) Sabda Nabi SAW
 إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها
Apabila malam nisfu Sya’ban maka "dirikan malam dan berpuasalah pada siang hari” Riwayat Ibnu Majah tetapi wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka
 مهمة فتاوى 57 ص

25) Firman Allah SWT
فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون
Maka orang-orangyang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkankepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” Surah Al-‘A’raaf :157 tetapi wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalamkitab mereka
مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda : “Demi diri aku di dalam kekuasaanya, membunuh orang mukmin itu lebih besar disisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi wahhabi menghalalkan darah orang islamsehingga ke Timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2750 lihat akhbar As-Sofa April 1924.
27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-SheikhMuhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka
التبليغ جماعة من التحذير في البليغ القول

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat
البصير السميع هو و شئ كمثله ليس

“Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” Surah As-Syura:11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk adapun wahhabiberkata: ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitabmereka
بغية المرتاد ص178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitabmereka
 العباد أفعال خلق
dan selain keduanya. Adapun wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan
kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu
 مهمة فتاوى111 ص

30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas sepertimana riwayat Ibnu Majah dan selainnyatetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emaskepada wanita. Rujuk kitab
  الزفاف آداب 132 ص

31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atauberpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab
الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Wahhabi mengatakan onani iaitu mengeluarkan mani samada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puas seperti yang tersebut di dalam kitab
  المنه تمام418 ص

33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agamasebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka
آب السادس العدد ذكرى 26 و 25 ص 1991

34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul 'Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yangtersebut di dalam majalah mereka
 العلمية البحوث

35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di Bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar danmeninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka
في الأردنية اللواء جريدة و 18 ص الألباني فتاوى7/8/1992

35) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajakkepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka
اني كانون 830ى العدد الم1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه

Hadith disahihkan oleh At Thobrani dan selainnya tetapi wahahbi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat di dalam kitab mereka
 التوحيد مجموعة 139 ص

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yangmenghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selainNya. Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang difahami oleh salafunassoleh daripada
Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.

Allahul Musta'aan..
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons)Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

Friday, 15 January 2016

Pengajian Pondok Gajah Teriak; Baba Khairul Anwar 16/1/16

- kita tak ikut syariat Nabi tp lebih ikut org kuffar, kerana tidak kenal sifat2 nabi Muhammad saw.
- barang siapa kenal sifat2 nabi, maka dia mndapat saadah kebahagian selamanya
-dlm surah yasin, penghuni2 syurga itu sibuk dgn nikmat syurga minta apa pun mrka dpt tp itu pun mereka rasa tak ckup lagi, lalu Allah bertnya nk apa lagi, lalu dijawab mereka kami nak mendpatkan redha Allah.
- permulaannya kita dpt kenal sifat2 kemuliaan nabi, akhirnya kita mndapat redha Allah dan bahagia selamanya
- mngetahui sifat kemuliaan nabi, sekadar mngenal kebagusannya Nabi Muhammad Saw
- ketahui oleh kamu itu syarat sah puasa ialah Islam, ketahuilah tidak sah puasa org bukan Islam
- islam itu dri terbit fajar sadiq hingga jatuh matahari
- suci dari haid dan nifas, iaitu bermula dri naik fajar hingga jatuh matahari
- berakal, iaitu tidak gila dan pitam bermula dri terbit fajar hingga jatuh matahari
- rukunnya puasa itu dua, pertama niat didlm hati tp niat itu tiap2 malam (disisi mazhab syafie)
- yg kedua, manahan diri dri segala yg mmbatalkan puasa itu drpd fajar soddiq hingga terbenam matahri
- ketiga, org yg nak puasa.
*sekurang2 ad 2 rukun
- niat posa arafah, aku puasa esok hari sunat aràfah keranà Allah taala
- membatalkan puasa itu bnyk, tp shgiannya ialah: memasukkan sesuatu kdlam rongga cth;ain dunia
- solat duduk ada 4 jenis
- yg dimaksudkan solat mesti berdiri/qiam mengikut ulama fikh ialah berdiri ikut kemampuan
- wudhuk suami isteri bila akan terbatal?
- bersentuhan Suami Isteri tak batal wudhuk(mazhab syafie, jika tiada niat atau hawa nafsu)
- cara nk berdiri dlm saff dgn betul, bg tumit kaki sama
- cara solat duduk mcm mana dlm saff? Kira tumit ka?. Dia kena kira pungungnya bg sama dgn saff

Akidah dan Perjuangan

Assalamua'laikum

- 'akidah dri segi bhasa bererti satu ikatan yg mngikat kpd sesuatu yg lain.
- prktaan 'aqada, dlm bhsa arab brerti mngikat
-'aqidah ni ikrar kyakinan yg mngikat diri seseorg, pmikiran, hati dgn satu kyakinan dgn itu mnjadikan khidupannya terarah dan terpimpin.
- 'aqidah sama maksud dgn iman (kpercayaan) dan sama makna dgn al-yaqin (kyakinan yg teguh tiada sbarang keraguan).
- org yg beriman brerti org yg telah bersikap jujur trhdp dirinya kerana telah meletakkan dirinya pda tempat yg betul dan tidak mengkhianati dirinya.
- org yg kufur kpd ALlah ialah seseorg yg mngkhianati dirinya krna ia telah meletakkan dirinya pda bukan tempatnya yg betul dan dia telah mngkhianati dan menzalimi dirinya.
-aqidah islamiah bukanlah kyakinan yg kosong, ttpi merupakan kyakinan kpd rukun-rukun yg kukuh iaitu arkanul iman (rukun yg tidak terikar dgn benda, masa, bangsa ataupun tempat).

Asas 'aqidah atau arkanul-iman diltakkan luar dari alam tabi'i.
1. Mempercayai kpd Allah yang maha Esa
2. Mempercayai para Anbiya'
3. Dengan para malaikat
4. Dengan Wahyu dan kitab-kitab
5. Dengan hari Kemudian
6. Dengan qada' dan qadar

- semua ini gambaran, kekuasaan Allah yg tinggi, yg memiliki alam semesta ini.
- arkan al-iman merupakan satu kesatuan yg tidak boleh dipisahkan. Menolak salah satu dari enam rukun ini bererti menolak seluruhnya kerana antara satu dgn yg lain berkait rapat

Seseorang yg hendak menjadi muslim mesti isytihar secar terbuka akan keyakinannya bahawa "La Ilaha IllaLlah" sbgai kbenaran yg mutlak.
Kata nabi, kalimah ini ringan diucap oleh lidah dan seluruh kehidupan.
Dgn melafaz kalimah ini, seseorg itu telah mengaku dan mentadbirkan alam semester serta yg menentukan rezeki makhluk di dalamnya, Seluruh tindakan manusia mesti dihadapkan hanya kpada Allah, tidak kepada yg lain.

Seseorg yg hndak melafazkan kalimah tauhid, yg dipanggil jgu dgn kalimah syahadah, yakni kalimah kesaksian, mesti memulakan dgn 'asyhadu' mengandungi makna:
- a'lamu iaitu aku 'mengetahui', kerana seseorg yg hendak mnjadi saksi itu, msti tahu akan perkara yg hendak disaksikan. Jika tidak kesaksiannya itu palsu dan tidak diterima.
- 'attayaqun' iaitu 'aku yakin'. Mesti yakin bhawa Tiada Tuhan melainkan Allah; sebarang yg lain dri Allah (sama ada dlm bentuk negara, masyarakat, bangsa, kaum, fikrah atau kefahaman apa jua pun) tidak memiliki kuasa atasnya, di mana tidak berhak dia memuja dan mengabdikan diri.
- atta'arif iaitu aku mengaku'.
- akhbaru bererti aku mengisytiharkan.
* klau mengakui akan kebnaran, mstilah mengisytiharkan kebenaran.
- a'budu iaitu aju tunduk. Yakni mengisytihar kesdiaannya tunduk kpd tuntutan2 kesaksian yg diberikan.
Seseorg yg hendak mnjadi muslim, msti mengisytiharkan kalimah syahadah secara terbuka (melafazkan).
Iman itu ialah: al iqrar bil lisan tasdiq bil qalbi ; satu ikrar dgn lidah yg dilahirkan daripada keyakinan di dalam hati.

manusia terbahagi kepada 3 bahagian,
pertma, orang2 yg beriman (prg yg beriman kpd ALlah dan tunduk serta patuh kpd tuntutan2 ALlah samada tuntutan2 di dalam hubungan dgn ALlah atau yg berkaitan dgn sirinya ug mesti dilakukan di bawah petunjuk dan naungan ajaran ALlah.
kedua, orang2 kafir musyrik yg tidak mahu mengakui adanya ALlah(mereka adalah mnusia yg menutup fikirannya drpd mnerima kebenaran. "La Ilaha IllaLlah"
ketiga, orang yg tidak diketahui samada mrka beriman atau tidak. mereka ialah org munafiq(mereka ialah org2 yg sembunyi yg bathil sambil melahirkan siksp beriman.
-aqidah tauhid ini merupakan satu aqidah yg disifatkan, klau hndak gunakan isltilah sekarang sbgai Revolutionary, krna merubah seluruh pemikiran manusia dan merubah diri manusia.

m/s 24

maza Yakni bahagian 2

Bagaimana cara saya hidup untuk Islam
1. mengenal tujuan hidup
2. menginsafi nilai dunia berbanding akhirat
3. menginsafi bahawa maut pasti tiba
4. mengetahui hakikat Islam
5. mengetahui hakikat jahiliah

Sifat-sifat Individu Yg Hidup Untuk Islam
1. benar-benar terikat dan menurut Ajaran Islam
-iman itu buknlah hnya dgn angan2 shja, ttpi adalah sesuatu yg bertunjang di dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan
2. mengutamakan kepentingan Islam
-sesiapa berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal org Islam maka dia bukanlah dri golongan mereka.
- kisah Saad bin Ar-Rabie' dlm perang Uhud yg mnghampiri saat maut dgn badan trdpt tujuh puluh liang luka krna rejaman tombak, tetakan pedang dan tusukan panah mngatakan kpd Zaid bin thabit yg dia telah mncium bau syurga....
3. merasa mulia dgn kebenaran Islam
- kisah Jaafar bin Abi Talib yg mnjadi ketua rombongan hijrah mncari perlindungan yg masuk menghadap raja Najasyi, lantas paderi dan pendeta menyuruh rombongan mreka sujud hormat raja ttpi kata jaafar; kami adalah satu kaum yg tidak sujud kecuali kpd Allah (hadis riwayat Ahmad)
4. beriltizam dgn kerja2 Islam dan Amal Jamaie
- wajib bekerja utk Islam
- patut bekerja dlm satu jemaah, bkerjasama dgn pendakwah lain yg mnyeru kpd Allah dan menyuruh kpd kebaikan serta mencegah keburukan.
- saya harus bekerja keras utk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakt muslim dan negara yg benar2 Islam
- seorg muslim dgn sorng muslim yg lain laksana, satu bagunan yg tersusun, saling kuat mengkuatkan di antara satu sma lain.

Beberapa sudut kenapa wajib utk beramal untuk Islam dan bersifat taklifi(difardukan), bukannya tanggungjawab yg dperintahkan utk melakukannya secara sukarela.
1. wajib dri sudut prinsip( mabda')
- beramal atua bekerja adlaj tggjwb yg telah dprtggungjwb oleh Allah Swt kpd seluruh umat manusia,didahului oleh para nabi dan para Rasul hingga ke hri kiamat kelak.
- manusia dlm kerugian, kcuali yg beriman dan beramal soleh dn mreka itu berpesan dgn kebenaran serta dgn sbar.
- firman Allah kpd rasul, jika rasul tidak disampaikan tiadalah para rasul itu mnyampaikan perutusanNya.
- orang2 yg sembunyikan keterangan dan petunjuk hidayah yg sudah diterangkan kpd manusia d dlm kitab suci mereka dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
- cegah kemungkarab dgn tangan, jika tak mampu dgn lidah, jika mampu juga dgn hati. itulah selemah-lemah iman.
- firman Allah kpd manusia utk mlakukan perkara yg makruf dan cegahlah mereka dri perkara mungkar

2. wajib dari sudut hukum

(bersambung...)

01

"Intifadhah umat Islam Palestin pastinya diteruskan selama dunia masih terperangkap dgn politik licik dan jahat Barat-Israel. Jihad bagi mereka adalah tiket kemrdekaan dan pembebasan meskipun, umum memahami kekurangan keupayaan material dan ketenteraan mrka berbanding rejim Zionis yg ditaja kuasa dunia itu. Klaupun kita disanjung dan diiktiraf khebatan serta kesucian perjuangan mereka dan cinta mereka kpd syahadah, namun umat Islam khasnya dan dunia amnya, tidak seharusnya membiarkan dan membenarkan penyembelihan dan genosid ini berterusan."
-Ustaz Fadzil Noor, Maestro Siasah dan Dakwah Malaysia