Monday, 7 March 2016

Liqo' Fikri & Dialog Bersama Pimpinan PAS Pusat

Liqo' Fikri & Dialog Bersama Pimpinan PAS Pusat

◇Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Muhammad(AJK PAS PUSAT)

---
Objektif : Untuk cerahkan kembali keterangan jika ada salah faham yang berlaku sebelum ini,sama ada berita tersebut disebarkan melalui media sosial, fitnah dan sebagainya.

---
-Di Malaysia kita ambil pendekatan 'Muwajahah Ilmiah'.ada ruang untuk bersuara dan bercakap dalam negara ini.

-Berkenaan kempen Penurunan Najib.
Jumhur ulama' mengharamkan demokrasi secara kasar untuk turunkan pimpinan negara sebab Malaysia ada ruang pentadbiran dalam sistem demokrasi.

-Sabda Rasulullah " Taatlah kepada perkara yang patut kamu taati, (sahabat bertanya: taat sampai bila?) Jawab Rasulullah..sampai dia tidak meminta kamu menyembah patung berhala."

-Taat pada perlembagaan negara selagi mana patuh syariat islam.

-Matlamat kita mencari keredhaan Allah dalam perjuangan.

---
-Pejuang Islam ada 3 jenis.
1) Benar2 Ikhlas
2) Benar2 Syadid (terlalu keras)
3) Tassawul (Pejuang Islam berdasarkan kepada apa majoriti masyarakat suka)
Cth : masyarakat tak suka hudud, dia pun tak suka juga.

---
-Kata Ustaz Zaharuddin : "Dalam politik, ada pasang surut dan gelombangnya"

-Apabila menghayati Al-Qur'an dan hadis, perkara yang berlaku hari ini adalah sebenarnya tak asing lagi, kerana Zaman Nabi-nabi ketika dahulu juga pernah melaluinya.
Cth : Zaman Nabi Musa & Bani Israel.

---
-Dalam bekerjasama dengan non-muslim ada batasnya..kerana,
"Mereka antara mereka juga sebenarnya menolong sesama sendiri"
Seandainya mereka ada minta sesuatu yang luar batas, putuskan tahaluf siyasi.

-Orang munafik biasanya akan teruskan kerjasama dengan non muslim.

---
-Surah Al-Maidah ayat 1-3

-"PAS bukan bermatlamatkan politik sahaja, bahkan dalam dakwah juga diutamakan"

-Sirah..
Nabi Ibrahim seorang sahaja yang beriman semasa zaman Babylon.Nabi pecahkan semua patung berhala kecil kecuali satu patung berhala besar(mercu tanda tuhan mereka)

-Dalam Al-Qur'an dinyatakan 3 perkara Nabi Ibrahim tak cakap benar..antaranya "Nabi Ibrahim kata berhala besar itu yang pecahkan berhala kecik"

-Ketika zaman itu orang ramai tak berapa kenal Nabi Ibrahim.Tapi disebabkan Nabi Ibrahim seorang yang tidak menyembah berhala.Rakyat Babylon mensyaki Nabi Ibrahim.

-Ibrahnya,walaupun Nabi Ibrahim keseorangan pada zaman itu.Nabi Ibrahim tetap bangun untuk menegakkan syiar Islam.

---
-Kenapa hudud menjadi isu besar dibincangkan dalam politik?

-Sebab kalau surau2 dan masjid2 yang hanya bawa isu hudud..mungkin masyarakat tak akan cakna tentang hudud.kerana kemungkinan ustaz yg bawa tazkirah hudud di masjid/surau akan di banned.

-Hudud bila bercakap dlm politik, baru orang akan cakna & bahas.
Bahkan masyarakat non muslim juga ambil tahu bab hudud.

---
-"Sejarah byk membuktikan golongan yang sikit mengalahkan golongan yg byk, biiznillah"

-Terus sabar dan istiqamah sehingga kemenangan datang.

-Bentuk politik matang.
"Tentang UMNO sebab nak tegakkan syariat bukan sebab zalim"

No comments:

Post a Comment