Wednesday, 10 February 2016

Betul ke baca Yasin Malam Jumaat beramai-ramai Bidaah?

Betul ke Baca Yasin Malam Jumaat beramai2 Bidaah?

Mumkin bidaah hasanah.

 Sedikit bacaan pagi yang berkat ini buat hamba dan muslimin sekelian  semoga Allah campakkan dalam hati kita sifat kasih sayang-Nya.

بسم الله الرحمن الرحيم
 38 - (2699) حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، وَأَبُو  بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيُّ -  وَاللَّفْظُ لِيَحْيَى، قَالَ يَحْيَى: أَخْبَرَنَا وقَالَ الْآخَرَانِ:  حَدَّثَنَا - أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ،  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ: «مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا،  نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ  يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي  عَوْنِ أَخِيهِ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ  اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي  بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ  بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ  الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ  عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ»،
 Tidak berhimpun oleh satu kaum dalam satu rumah drpd mana2 rumah Allah  pada hal membaca mereka itu akan kitab Allah(al-quran termasuk surah  Yasin) dan memperderas mereka itu akan dia di antara mereka itu  melainkan turun atas mereka itu ketenangan dan menyelubungi akan mereka  itu Rahmat dan berkeliling akan mereka itu oleh Malaikat dan menyebut  Allah akan mereka itu pada mereka yang ada di sisi-Nya… baca hadits  hingga akhirnya.

Hadits sahih riwayat Imam:
 Muslim no 2699 dan 2700
 Abi Daud no 1455.
 Dan banyak lagi  melebihi 50 takhrijan.

Imam Izzuddin Bin Abdil Salam dalam kitabnya Al-Imam fi Bayani Adillat al-Ahkam.
Membahagikan beberapa perkara berkaitan sebab2 kemasukan amalan
 Antaranya : Allah menjadikan sebab bagi berlakunya amalan.
Berdalilkan firman Allah:
 فاذكروني أذكركم
 Sebut sekelian kamu akan Daku nescaya Aku sebut akan kamu.
Firman Allah taala:
 وَلذكر الله أكبر
 Dan Sesunggunya ingat Allah itu suatu yang amat besar.
Dan di tafsirkan dengan hadits Nabi saw:
مَنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَمَنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَأٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَأٍ أَفْضَلَ
 Barang siapa sebut akan Daku(Allah) dalam dirinya nescaya Aku sebut akan dia  dalam diri-Ku.
Barang siapa menyebut akan Daku bersama kumpulan ramai maka Aku sebut akan dia di dalam kumpulan yang lebih baik daripadanya.
 Hadits Riwayat :
 Imam  Bukhari no 7405
 Imam Muslim 2675.
 Dan banyak lagi.
 *Di sinilah kita mengambil dalil bahawa membaca Yasin beramai malam  jumaat dan umpamanya iaitu perkara yang dibenarkan dan kita jadikan  hadits2 daif bagi mentafsirkan maksud ayat ql-quran dan hadits Nabi saw  yang datang dengan secara umum.

Matlamat asal membaca Yasin Malam  Jumaat kita maklum bahawa tugas Al-Amru Bil Makruf dan Nah yu Anil  Mungkar satu yang wajib tetapi caranya perlu tegas tapi lembut dengan  sebab masyarakat awam amat susah untuk di ……..
Kalau kita ambil  ayat ke 6-7 dalam suruh Yasin yang mana isinya cukup baik untuk menegur  masyarakat dalam kerja dakwah Cuma pendekatan sekarang perlu di  perbaharui sedikit kerana ramai yang membaca tetapi tidak tahu maknanya:
Firman Allah Taala:
  لِتُنْذِرَ قَوْمًا مَا أُنْذِرَ آبَاؤُهُمْ فَهُمْ غَافِلُونَ (6) لَقَدْ  حَقَّ الْقَوْلُ عَلَى أَكْثَرِهِمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (7)
  Supaya engkau memberikan ancaman akan kaum yang tidak memberikan ancaman  oleh bapa2 mereka maka mereka sekelian orang yang lupa.ayat (6)
(Bila lupa apa kesannya)
Sesungguhnya sebenarlah perkataan atas kebanyakkan mereka itu maka sekelian mereka itu tidak beriman. ayat 7.

 Sepakat Jemaah mufassirin menafsirkan makna kalimah “sebenarlah  perkataan atas kebanyakkan mereka” iaitu azab/bala yang telah diturunkan  oleh Allah terhadap umat2 yang terdahulu.

Kesimpulannya:
Membaca Yasin Malam jumaat beramai:
 1) Membiasakan orang awam dengan membaca Al-quran beramai2 dimana  kebiasaannya malam tersebut kesempatan yang ada kerana malam2 lainnya di  adakan kuliah fardhu Ain.
2) Cara mudah menegur orang awam yang cuai dalam urusan tegur menegur anak2 mereka dalam berbuat kemungkaran.
 3) Malam jumaat malam yang patut di-isi sebanyak mumkin ibadah2 umum  spt tahlil dan tasbih dan selawat dan takbir dan umpamanya.
Pandangan orang kampung je.
Wallahuaalam.

Ustaz Mashadi Masyuti

No comments:

Post a Comment